LATAR BELAKANG
Sejarah awal penubuhan sistem Kerajaan Tempatan di Sungai Petani bermula pada tahun 50-an lagi, iaitu ketika Ordinan Majlis Tempatan 1952 diluluskan dan diterima pakai. Kemudian dalam tahun 1953, Lembaga Bandaran Sungai Petani (Sungai Petani Town Board) untuk pentadbiran bandar Sungai Petani diwujudkan.
Pada 1 Ogos 1975, Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kuala Muda (MDKT.KM) ditubuhkan dengan meliputi kawasan Sungai Lalang, Jeniang, Merbok, Bukit Selambau, Bedong dan Gurun.
Pada 1 Februari 1978, Majlis Daerah Kuala Muda (MDKM) diwujudkan bagi menggantikan MDKT.KM, berikutan kuatkuasanya Undang-Undang Kerajaan Tempatan Akta 124 (Peruntukan Sementara) dan telah diwartakan mengikut Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Penubuhan ini melibatkan Penguasa Tempatan Lembaga Bandaran yang digabungkan seperti berikut :-
- Majlis Bandaran Sungai Petani
- Lembaga Bandaran Kuala Muda, Kota Kuala Muda, Padang Lembu, Semeling, Tanjung Dawai dan Tikam Batu
- Majlis Tempatan Sungai Lalang, Jeniang, Merbok, Bukit Selambau, Bedong dan Gurun
Majlis Daerah Kuala Muda (MDKM) dipertanggungjawabkan untuk mentadbir keseluruhan kawasan daerah Kuala Muda dari segi perancangan, kawalan bangunan, kesihatan, kemajuan projek dan pelesenan. Sungai Petani sekali lagi dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran pada 2 Julai 1994 bersamaan 22 Muharram 1415H dan perisytiharan ini telah disempurnakan oleh YAB Tan Seri Dato' Seri Haji Osman bin Haji Aroff, PSM, SSDK, DHMS, JMN, JP - Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu.
Dengan kenaikan taraf ini, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap kawalan pembangunan, pelesenan, perancangan, penyediaan kemudahan infrastruktur dan sebagainya bagi memastikan kemajuan pembangunan bandar dan kemakmuran hidup penduduk bandar Sungai Petani dan Kuala Muda amnya.
MISI
Mewujudkan budaya kerja yang berkualiti, berkemahiran, responsif dan komited dalam mencapai visi MPSPK.
Menjadikan MPSPK sebagai pemangkin kepada pembangunan dalam mewujudkan perbandaran yang terancang dan sempurna.
Merancang, mengenalpasti dan melaksana projek-projek sosio ekonomi kepada orang ramai selaras dengan peranan dan tanggungjawab MPSPK selaku pihak berkuasa tempatan.
VISI
Melahirkan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan Majlis yang cekap dan dinamik ke arah mewujudkan perbandaran yang selesa dan sempurna serta mempunyai daya maju sosio ekonomi yang mantap
MOTO
" KE ARAH KUALITI DAN KECEMERLANGAN "
Objektif
- Mengemaskini Undang-Undang Kecil yang diterimapakai oleh majlis dari semasa ke semasa, iaitu dengan menggubal dan membuat pindaan sekiranya perlu.
- Memastikan tindakan undang-undang berjalan dengan adil dan saksama mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
- Meninggikan mutu perkhidmatan dan imej jabatan.
- Memastikan pegawai-pegawai penguatkuasa agar tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan.
- Memastikan penyelesaian dapat dibuat terhadap aduan yang dikemukakan oleh orang ramai.
Fungsi Umum
- Perkhidmatan Berkualiti
- Kawalan Aktiviti Perniagaan
- Projek Infrastruktur Perbandaran
- Perancangan Perbandaran
- Penyediaan Kemudahan Sosial & Rekreasi
- Kualiti Penduduk Terhadap Kesihatan Kebersihan & Alam Sekitar
Fungsi-fungsi MPSPK
- Memberikan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkesan
- Pengurusan sisa pepejal
- Pembersihan dan pengindahan kawasan
- Penyelenggaraan parit dan longkang
- Penyelenggaraan bangunan-bangunan awam
- Penyelenggaraan tempat-tempat awam
- Perundingan dan pengawalan kesihatan awam
- Mengurus dan mengawal segala hasil, cukai dan peruntukan yang diterima
- Cukai taksiran
- Bayaran lesen dan denda
- Geran tahunan
- Geran untuk projek-projek pembangunan
- Geran penyelenggaraan jalan
- Caruman bantu kadar
- Melaksanakan projek-projek pembangunan di peringkat tempatan
- Kemudahan-kemudahan rekreasi
- Infrastruktur bandaran
- Memainkan peranan sebagai pihak berkuasa perancangan tempatan bagi kawasan pentadbirannya.
- Mengatur, mengawal dan merancang kemajuan dan pembangunan tanah dan bangunan dalam kawasan majlis.
- Melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan ke atasnya dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa negeri.
- Sebagai badan kawal selia dalam pelaksanaan pembinaan sesuatu kemajuan.
- Meluluskan pelan bangunan.
- Memastikan kerja-kerja tanah dilaksanakan mengikut kehendak-kehendak yang ditetapkan.
- Memastikan pembinaan bangunan mengikut pelan yang diluluskan.
- Memastikan penggunaan sesuatu bangunan mengikut syarat yang ditetapkan.
- Mengeluarkan sijil layak menduduki (CFO).
Suhairi b. Mustaffa Arkitek suhairi@mpspk.gov.my | Haji Mahadzir b. Haji Kassim Jurutera mahadzir@mpspk.gov.my | ||
Musa @ Munir b. Yusof Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran munir@mpspk.gov.my | Mohd Fuad b. Ahmad Penolong Pegawai Pertanian fuad@mpspk.gov.my | ||
Noorlaila bt. Bakir Pegawai Penilaian norlaila@mpspk.gov.my | Rohani bt. Abu Bakar Pegawai Perancang Bandar dan Desa rohani@mpspk.gov.my | ||
Adoni Suhaila bt. Mustafa Akauntan adoni@mpspk.gov.my | Haji Hamzah b. Mat Ali Penolong Pegawai Tadbir hamzah@mpspk.gov.my | ||
Mohd Yusri b. Mohamad Yusop Pegawai Teknologi Maklumat myusri@mpspk.gov.my | Salina bt. Ismail Pegawai Undang-Undang salina@mpspk.gov.my |
PENGURUSAN TERTINGGI
Rozaina bt. Dato' Paduka Haji Radzi, AMK, BCK
Yang Di Pertua
Pengurusan Tertinggi
Yang Di Pertua
Pengurusan Tertinggi
Radzuan b. Osman, BCK
Setiausaha
Pengurusan Tertinggi
Setiausaha
Pengurusan Tertinggi
Rozaimie b. Abdul Rahim
Penolong Setiausaha
Pengurusan Tertinggi
Penolong Setiausaha
Pengurusan Tertinggi
PEGAWAI UTAMA
Adoni Suhaila bt. Mustafa
Akauntan
Jabatan Perbendaharaan
Akauntan
Jabatan Perbendaharaan
Haji Hamzah b. Mat Ali
Penolong Pegawai Tadbir
Jabatan Sekretariat
Penolong Pegawai Tadbir
Jabatan Sekretariat
Haji Mahadzir b. Haji Kassim
Jurutera
Jabatan Kejuruteraan
Jurutera
Jabatan Kejuruteraan
Mohd Fuad b. Ahmad
Penolong Pegawai Pertanian
Jabatan Lanskap dan Rekreasi
Penolong Pegawai Pertanian
Jabatan Lanskap dan Rekreasi
Mohd Yusri b. Mohamad Yusop
Pegawai Teknologi Maklumat
Jabatan Teknologi Maklumat
Pegawai Teknologi Maklumat
Jabatan Teknologi Maklumat
Pegawai Kesihatan Persekitaran
Jabatan Kesihatan
Jabatan Kesihatan
Noorlaila bt. Bakir
Pegawai Penilaian
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Pegawai Penilaian
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Rohani bt. Abu Bakar
Pegawai Perancang Bandar dan Desa
Jabatan Perancangan Bandar
Pegawai Perancang Bandar dan Desa
Jabatan Perancangan Bandar
Pegawai Undang-Undang
Jabatan Undang-Undang
Jabatan Undang-Undang
Suhairi b. Mustaffa
Arkitek
Jabatan Bangunan
Arkitek
Jabatan Bangunan
Thevanai a/p Sinnappan
Pegawai Perancang Bandar dan Desa
Unit Pusat Setempat (OSC)
Unit Pusat Setempat (OSC)
PENGERUSI DAN YANG DIPERTUA
PIHAK BERKUASA TEMPATAN KUALA MUDA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH
1 | SYED IDRUS AL IDRUS | 1953 - 1957 |
2 | SYED SHEH SHAHABUDIN | 1957 - 1958 |
3 | SYED OSMAN IDID | 1958 - 1966 |
4 | HAJI RADZI BIN HAJI BASIR | 1967 - 1970 |
5 | ENCIK MANSOR BIN HAJI AHMAD | 1971 - 1971 |
6 | ENCIK AHMAD BIN ABDUL RASHID | 1972 - 1973 |
7 | HAJI NOR AMAN BIN HAJI RAFIE | 1973 - 1973 |
8 | ENCIK AHMAD BASRI BIN MOHD. AKIL | 1973 - 1975 |
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KUALA MUDA
1 | HAJI MOHD. GHAZALI BIN HAJI YAHAYA | 1975 - 1977 |
2 | ENCIK MOHD. OMAR BIN MOHAMAD | 1977 - 1979 |
3 | HAJI THOBRANI BIN HAJI HANAFI | 1979 - 1982 |
4 | HAJI MOHD AKHIR BIN MAN | 1982 - 1982 |
5 | HAJI HASSAN BIN HAJI TAIB | 1982 - 1983 |
6 | HAJI YUSOF BIN NAYAN | 1983 - 1987 |
7 | HAJI ABDUL WAHAB BIN BAKAR | 1987 - 1989 |
8 | ENCIK ABDUL RAHMAN BIN AHMAD | 1989 - 1991 |
9 | ENCIK MOHD. PUAT BIN MOHD. ALI, BCK | 1991 - 1994 |
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
1 | ENCIK MOHD. PUAT BIN MOHD. ALI, BCK | 1994 - 1997 |
2 | ENCIK OSMAN BIN SALLEH, AMK, BCK | 1997 - 1998 |
3 | HAJI ABDUL MUKTHI BIN ABDULLAH, SDK, AMK, BCK | 1998 - 2001 |
4 | HAJI ABDUL WAHAB BIN ABDULLAH, SDK, AMK, BCK | 2001 - 2003 |
5 | YBHG. DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN AHMAD, DSDK, SDK, AMK, BCK | 2003 - 2005 |
6 | HAJI ABDULLAH BIN HAJI OSMAN, SDK, AMK, BCK | 2005 - 2006 |
7 | HAJI ADZMI BIN DIN, SDK, AMK, BCK | 2006 - 2008 |
8 | ENCIK ABDUL AZIZ BIN ABD GHANI, SDK, AMK, BCK | 2008 - 2009 |
9 | PUAN ROZAINA BINTI DATO' PADUKA HAJI RADZI, AMK, BCK | 2009 - |
Puan Rozaina binti Dato' Paduka Haji Radzi
AMK, BCK
AMK, BCK
Assalamualaikum.....
Syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas segala limpah kurnia yang telah diberikan oleh-Nya kepada semua warga kerja Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman yang telah menjayakan Laman Web Majlis ini selari dengan pembangunan ICT yang semakin pesat dewasa kini.
Ucapan ribuan terima kasih saya dahului kepada pihak pengurusan dan pentadbiran Majlis di atas kesudian memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan perutusan dalam Laman Web Majlis ini.
Kewujudan Laman Web Majlis ini adalah sebagai alat penghubung secara "maya" yang bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara penduduk di sekitar bandar Sungai Petani dan daerah Kuala Muda dengan warga kerja Majlis, tetapi turut menjadi penyumbang dalam menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada pelajar serta penuntut di pusat pengajian tinggi.
Selain itu, maklumat yang disampaikan sentiasa tepat dan padat dari semasa ke semasa supaya semua warga penduduk tidak akan ketinggalan dalam sebarang aktiviti atau program yang akan dilaksanakan oleh pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani.
Adalah menjadi harapan saya, agar Laman Web Majlis ini akan terus berkembang dan menyampaikan maklumat terkini supaya kemudahan yang disediakan oleh pihak Majlis dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi meningkatkan taraf dan kualiti hidup semua penduduk selaras dengan moto Majlis iaitu "KE ARAH KUALITI DAN KECEMERLANGAN".
Wassalam.....
PUAN ROZAINA BINTI DATO' PADUKA HAJI RADZI
AMK, BCK
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sungai Petani.
AMK, BCK
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sungai Petani.
Apasal nama blog pelik smacam tapi content pasal MPSP...
ReplyDelete