Tuesday, March 15, 2011

FoLio PnYe PASal....[SeJaRah]

LATAR BELAKANG

Sejarah awal penubuhan sistem Kerajaan Tempatan di Sungai Petani bermula pada tahun 50-an lagi, iaitu ketika Ordinan Majlis Tempatan 1952 diluluskan dan diterima pakai. Kemudian dalam tahun 1953, Lembaga Bandaran Sungai Petani (Sungai Petani Town Board) untuk pentadbiran bandar Sungai Petani diwujudkan.
Pada 1 Ogos 1975, Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kuala Muda (MDKT.KM) ditubuhkan dengan meliputi kawasan Sungai Lalang, Jeniang, Merbok, Bukit Selambau, Bedong dan Gurun.
Pada 1 Februari 1978, Majlis Daerah Kuala Muda (MDKM) diwujudkan bagi menggantikan MDKT.KM, berikutan kuatkuasanya Undang-Undang Kerajaan Tempatan Akta 124 (Peruntukan Sementara) dan telah diwartakan mengikut Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Penubuhan ini melibatkan Penguasa Tempatan Lembaga Bandaran yang digabungkan seperti berikut :-
  • Majlis Bandaran Sungai Petani
  • Lembaga Bandaran Kuala Muda, Kota Kuala Muda, Padang Lembu, Semeling, Tanjung Dawai dan Tikam Batu
  • Majlis Tempatan Sungai Lalang, Jeniang, Merbok, Bukit Selambau, Bedong dan Gurun
Majlis Daerah Kuala Muda (MDKM) dipertanggungjawabkan untuk mentadbir keseluruhan kawasan daerah Kuala Muda dari segi perancangan, kawalan bangunan, kesihatan, kemajuan projek dan pelesenan. Sungai Petani sekali lagi dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran pada 2 Julai 1994 bersamaan 22 Muharram 1415H dan perisytiharan ini telah disempurnakan oleh YAB Tan Seri Dato' Seri Haji Osman bin Haji Aroff, PSM, SSDK, DHMS, JMN, JP - Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu.
Dengan kenaikan taraf ini, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap kawalan pembangunan, pelesenan, perancangan, penyediaan kemudahan infrastruktur dan sebagainya bagi memastikan kemajuan pembangunan bandar dan kemakmuran hidup penduduk bandar Sungai Petani dan Kuala Muda amnya.
MISI

Mewujudkan budaya kerja yang berkualiti, berkemahiran, responsif dan komited dalam mencapai visi MPSPK.
Menjadikan MPSPK sebagai pemangkin kepada pembangunan dalam mewujudkan perbandaran yang terancang dan sempurna.
Merancang, mengenalpasti dan melaksana projek-projek sosio ekonomi kepada orang ramai selaras dengan peranan dan tanggungjawab MPSPK selaku pihak berkuasa tempatan.
VISI
Melahirkan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan Majlis yang cekap dan dinamik ke arah mewujudkan perbandaran yang selesa dan sempurna serta mempunyai daya maju sosio ekonomi yang mantap
MOTO
" KE ARAH KUALITI DAN KECEMERLANGAN "
Objektif

  • Mengemaskini Undang-Undang Kecil yang diterimapakai oleh majlis dari semasa ke semasa, iaitu dengan menggubal dan membuat pindaan sekiranya perlu.
  • Memastikan tindakan undang-undang berjalan dengan adil dan saksama mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.
  • Meninggikan mutu perkhidmatan dan imej jabatan.
  • Memastikan pegawai-pegawai penguatkuasa agar tidak menyalahgunakan kuasa yang diberikan.
  • Memastikan penyelesaian dapat dibuat terhadap aduan yang dikemukakan oleh orang ramai.
 Fungsi Umum
  • Perkhidmatan Berkualiti
  • Kawalan Aktiviti Perniagaan
  • Projek Infrastruktur Perbandaran
  • Perancangan Perbandaran
  • Penyediaan Kemudahan Sosial & Rekreasi
  • Kualiti Penduduk Terhadap Kesihatan Kebersihan & Alam Sekitar
Fungsi-fungsi MPSPK

  1. Memberikan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan berkesan
  • Pengurusan sisa pepejal
  • Pembersihan dan pengindahan kawasan
  • Penyelenggaraan parit dan longkang
  • Penyelenggaraan bangunan-bangunan awam
  • Penyelenggaraan tempat-tempat awam
  • Perundingan dan pengawalan kesihatan awam
  1. Mengurus dan mengawal segala hasil, cukai dan peruntukan yang diterima
  • Cukai taksiran
  • Bayaran lesen dan denda
  • Geran tahunan
  • Geran untuk projek-projek pembangunan
  • Geran penyelenggaraan jalan
  • Caruman bantu kadar
  1. Melaksanakan projek-projek pembangunan di peringkat tempatan
  • Kemudahan-kemudahan rekreasi
  • Infrastruktur bandaran
  1. Memainkan peranan sebagai pihak berkuasa perancangan tempatan bagi kawasan pentadbirannya.
  1. Mengatur, mengawal dan merancang kemajuan dan pembangunan tanah dan bangunan dalam kawasan majlis.
  1. Melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan ke atasnya dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa negeri.
  1. Sebagai badan kawal selia dalam pelaksanaan pembinaan sesuatu kemajuan.
  • Meluluskan pelan bangunan.
  • Memastikan kerja-kerja tanah dilaksanakan mengikut kehendak-kehendak yang ditetapkan.
  • Memastikan pembinaan bangunan mengikut pelan yang diluluskan.
  • Memastikan penggunaan sesuatu bangunan mengikut syarat yang ditetapkan.
  • Mengeluarkan sijil layak menduduki (CFO).







 
Suhairi b. Mustaffa
Arkitek
suhairi@mpspk.gov.my
Haji Mahadzir b. Haji Kassim
Jurutera
mahadzir@mpspk.gov.my
Musa @ Munir b. Yusof
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
munir@mpspk.gov.my
Mohd Fuad b. Ahmad
Penolong Pegawai Pertanian
fuad@mpspk.gov.my
Noorlaila bt. Bakir
Pegawai Penilaian
norlaila@mpspk.gov.my
Rohani bt. Abu Bakar
Pegawai Perancang Bandar dan Desa
rohani@mpspk.gov.my
Adoni Suhaila bt. Mustafa
Akauntan
adoni@mpspk.gov.my
Haji Hamzah b. Mat Ali
Penolong Pegawai Tadbir
hamzah@mpspk.gov.my
Mohd Yusri b. Mohamad Yusop
Pegawai Teknologi Maklumat
myusri@mpspk.gov.my
Salina bt. Ismail
Pegawai Undang-Undang
salina@mpspk.gov.my


PENGURUSAN TERTINGGI
Rozaina bt. Dato' Paduka Haji RadziAMK, BCK
Yang Di Pertua
Pengurusan Tertinggi


Radzuan b. Osman, BCK
Setiausaha
Pengurusan Tertinggi
Rozaimie b. Abdul Rahim
Penolong Setiausaha
Pengurusan Tertinggi




PEGAWAI UTAMA
Adoni Suhaila bt. Mustafa
Akauntan
Jabatan Perbendaharaan
Haji Hamzah b. Mat Ali
Penolong Pegawai Tadbir
Jabatan Sekretariat


Haji Mahadzir b. Haji Kassim
Jurutera
Jabatan Kejuruteraan
Mohd Fuad b. Ahmad
Penolong Pegawai Pertanian
Jabatan Lanskap dan Rekreasi


Mohd Yusri b. Mohamad Yusop
Pegawai Teknologi Maklumat
Jabatan Teknologi Maklumat
Pegawai Kesihatan Persekitaran
Jabatan Kesihatan


Noorlaila bt. Bakir
Pegawai Penilaian
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Rohani bt. Abu Bakar
Pegawai Perancang Bandar dan Desa
Jabatan Perancangan Bandar


Pegawai Undang-Undang
Jabatan Undang-Undang
Suhairi b. Mustaffa
Arkitek
Jabatan Bangunan




Thevanai a/p Sinnappan


Pegawai Perancang Bandar dan Desa
Unit Pusat Setempat (OSC)
PENGERUSI DAN YANG DIPERTUA
PIHAK BERKUASA TEMPATAN KUALA MUDA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH
1
SYED IDRUS AL IDRUS
1953 - 1957
2
SYED SHEH SHAHABUDIN
1957 - 1958
3
SYED OSMAN IDID
1958 - 1966
4
HAJI RADZI BIN HAJI BASIR
1967 - 1970
5
ENCIK MANSOR BIN HAJI AHMAD
1971 - 1971
6
ENCIK AHMAD BIN ABDUL RASHID
1972 - 1973
7
HAJI NOR AMAN BIN HAJI RAFIE
1973 - 1973
8
ENCIK AHMAD BASRI BIN MOHD. AKIL
1973 - 1975

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KUALA MUDA
1
HAJI MOHD. GHAZALI BIN HAJI YAHAYA
1975 - 1977
2
ENCIK MOHD. OMAR BIN MOHAMAD
1977 - 1979
3
HAJI THOBRANI BIN HAJI HANAFI
1979 - 1982
4
HAJI MOHD AKHIR BIN MAN
1982 - 1982
5
HAJI HASSAN BIN HAJI TAIB
1982 - 1983
6
HAJI YUSOF BIN NAYAN
1983 - 1987
7
HAJI ABDUL WAHAB BIN BAKAR
1987 - 1989
8
ENCIK ABDUL RAHMAN BIN AHMAD
1989 - 1991
9
ENCIK MOHD. PUAT BIN MOHD. ALI, BCK
1991 - 1994

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
1
ENCIK MOHD. PUAT BIN MOHD. ALI, BCK
1994 - 1997
2
ENCIK OSMAN BIN SALLEH, AMK, BCK
1997 - 1998
3
HAJI ABDUL MUKTHI BIN ABDULLAH, SDK, AMK, BCK
1998 - 2001
4
HAJI ABDUL WAHAB BIN ABDULLAH, SDK, AMK, BCK
2001 - 2003
5
YBHG. DATO' HAJI ABDUL RAHMAN BIN AHMAD, DSDK, SDK, AMK, BCK
2003 - 2005
6
HAJI ABDULLAH BIN HAJI OSMAN, SDK, AMK, BCK
2005 - 2006
7
HAJI ADZMI BIN DIN, SDK, AMK, BCK
2006 - 2008
8
ENCIK ABDUL AZIZ BIN ABD GHANI, SDK, AMK, BCK
2008 - 2009
9
PUAN ROZAINA BINTI DATO' PADUKA HAJI RADZI, AMK, BCK
2009 - 
PERUTUSAN YDP

Puan Rozaina binti Dato' Paduka Haji Radzi
AMK, BCK
Assalamualaikum.....
Syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas segala limpah kurnia yang telah diberikan oleh-Nya kepada semua warga kerja Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah Darul Aman yang telah menjayakan Laman Web Majlis ini selari dengan pembangunan ICT yang semakin pesat dewasa kini.
Ucapan ribuan terima kasih saya dahului kepada pihak pengurusan dan pentadbiran Majlis di atas kesudian memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan perutusan dalam Laman Web Majlis ini.
Kewujudan Laman Web Majlis ini adalah sebagai alat penghubung secara "maya" yang bukan sahaja bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara penduduk di sekitar bandar Sungai Petani dan daerah Kuala Muda dengan warga kerja Majlis, tetapi turut menjadi penyumbang dalam menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada pelajar serta penuntut di pusat pengajian tinggi.
Selain itu, maklumat yang disampaikan sentiasa tepat dan padat dari semasa ke semasa supaya semua warga penduduk tidak akan ketinggalan dalam sebarang aktiviti atau program yang akan dilaksanakan oleh pihak Majlis Perbandaran Sungai Petani.
Adalah menjadi harapan saya, agar Laman Web Majlis ini akan terus berkembang dan menyampaikan maklumat terkini supaya kemudahan yang disediakan oleh pihak Majlis dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi meningkatkan taraf dan kualiti hidup semua penduduk selaras dengan moto Majlis iaitu "KE ARAH KUALITI DAN KECEMERLANGAN".
Wassalam.....

PUAN ROZAINA BINTI DATO' PADUKA HAJI RADZI
AMK, BCK
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sungai Petani.